Thursday, March 26, 2009

...Lumrah Menjadi seorang manusia....

... Kali ni aku teringin untuk membicarakan tentang lumrah seorang manusia... kita sebagai manusia sentiasa tidak terlepas dari menanggung keperitan hidup.. sebab itu lah adanya pepatah yang mengatakan "hidup ibarat roda".. Kekadang kita di atas kekadang kita dibawah... hidup ini x semestinya indah... begitulah kisah menjadi seorang yang bergelar manusia... bukan senang untuk menjadi yang terbaik di hadapan mata seseorang.. setiap kebaikan akan tertutup jika diselaputi secalit keburukan yang kita lakukan... Penghinaan, tuduhan, kritikan, semuanya mengajar kita menjadi seorang yang lebih matang bila berhadapan dengan pelbagai situasi yang bleh 'menjahanamkan' hidup kita... Sebagai seorang manusia tidak akan lepas dari pelbagai tohmahan yang boleh mencacatkan kredibiliti seseorang.. Tapi kita seharusnya bersyukur kerana diberikan dugaan, kerana dugaan lah kita mampu menilai diri kita... kita mampu melihat sejauhmana keimanan dalam diri kita... sejauhmanakah kesabaran dalam diri kita mampu mengawal emosi kita... Aku hanya berpegang pada satu .. Selagi kita berada di pihak yang benar selagi itulah Allah S.W.T akan berada di sisi kita.... Yang penting Allah S.W.T melihat apa yang kita lakukan... Tetapi sedikit sebanyak kita akan turut merasai keperitan dalam menanggung sebuah DUGAAN.... apa2 pon berpegang la pada satu iaitu "IMAN".....

No comments:

Post a Comment