Lagi 'MOLEK' la jika sekiranya aku terangkan la dulu kat korang apa itu 'TALASEMIA'... Dan mengapa aku n group nak wat tajuk nih!!!! Macam ni citernyer....
Talasemia ni merupakan satu penyakit genetik sel darah merah. Talasemia ni akan diwarisi daripada ibubapa dan melibatkan kedua-dua anak lelaki dan perempuan mereka. Terdapat 2 jenis Talasemia iaitu: PEMBAWA GEN TALASEMIA (Talasemia Minor) dan PESAKIT TALASEMIA (Talasemia major). Setiap pembawa Gen Talasamia tidak akan menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh diketahui melalui ujian talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.
P/s: Aku nasihatkan dan menyeru semua member2 aku jom la kita wat ujian talasemia. Aku amat tersentuh n terharu bila tengok dokumentari dari KKM. Memang kesian la kat anak-anak kita kelak... So, sesape member2 aku yang dah nak kawen n dah ader "MERPATI PUTEH" molek la g buat ujian ni... Renung-renungkan... Selamat Beramal.....
No comments:
Post a Comment