Sunday, March 8, 2009

...eRTi CiNtA dan pErKahwInaN...


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.


Gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.


Gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.......

..Kempen Talasemia...

..Capek bangatt kalo pikirkan hal kempen ni... rasa macam orang KKM plak dah... Banyak benda nak kena pikir... tapi alang-alang dah buat kempen better buat je GEMPAK2.. Bila lagi nak mencapap kat UKM nih!!! Lagipon this sem dah final.. So, mencapap la lebey2 ekk... Buat membe2 aku kalo rasa nak mencapap lebey2 aku benarkan.. Lagipon this is our programme so mencaapap la ek... Buat sahabat aku yang dah beli KAMERA lanser yang baru tue jangan la lupe amek la jugak pic aku ek... Amek banyak2 pic nti kempen ni dilaksanakan... huhuhu... Aku harap kempen ni akan jadi kempen seribu makna buat kita semua eh... So, da best ya my prend... Buat Kempen Internet pown same 'Do Da best.. Wish U all gud luck" huhuhu....

Lagi 'MOLEK' la jika sekiranya aku terangkan la dulu kat korang apa itu 'TALASEMIA'... Dan mengapa aku n group nak wat tajuk nih!!!! Macam ni citernyer....

Talasemia ni merupakan satu penyakit genetik sel darah merah. Talasemia ni akan diwarisi daripada ibubapa dan melibatkan kedua-dua anak lelaki dan perempuan mereka. Terdapat 2 jenis Talasemia iaitu: PEMBAWA GEN TALASEMIA (Talasemia Minor) dan PESAKIT TALASEMIA (Talasemia major). Setiap pembawa Gen Talasamia tidak akan menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh diketahui melalui ujian talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.
P/s: Aku nasihatkan dan menyeru semua member2 aku jom la kita wat ujian talasemia. Aku amat tersentuh n terharu bila tengok dokumentari dari KKM. Memang kesian la kat anak-anak kita kelak... So, sesape member2 aku yang dah nak kawen n dah ader "MERPATI PUTEH" molek la g buat ujian ni... Renung-renungkan... Selamat Beramal.....

...Persahabatan.....


..Aku x tahu kenapa n mengapa aku nak meluahkan perasaan mengenai erti sebuah PERSAHABATAN... Mungkin aku agak tertarik dengan salah satu Blog membe aku ni.. Aku hairan mengapa erti persahabatan selalu disalah ertikan.. Mengapa masih tidak mengaku sahabat seandainya pahit n manis telah diharungi bersama.. Aku agak tersentuh n terseliuh bila membaca Blog membe aku... Aku hairan mengapa nak percepatkan waktu sedangkan waktu pon sudah menghampiri senja... Pastue siapa aku di hadapannya?? Musuh?? Selama 3 tahun bersama, bersusah payah bersama, ber'GROUP' sama2 masih lagi tidak mengaku sahabat... Aku amat sedih.. Dimanakah letaknya sebuah erti persahabatan... Gambar di atas akan aku kenang sehingga akhir hayat ku.. Kerana persahabatan yang terjalin umpama suatu hubungan yang suci n murni....
Sahabat....
Mengapa masih lagi ada wujudnya hasad dengki, benci membenci dan musuh bermusuhan di antara kita???? Andai dihitung, dikira, dibilang, sudah tinggal 40 hari lagi kita akan bersama... Aku harap antara kita tiada lagi wujudnya perasaan sebegitu... Anggap lah kita ini semua seumpama adik beradik.. Pelbagai rintangan yang telah kita lalui bersama... Akhir nukilan.. izinkan aku memetik sedikit bait2 lagu Peter Pan "Tentang Kita"
'"Waktu terasa semakin berlalu.. Tinggal cerita tentang kita... Akan tiada lagi hilai tawamu..
Ada cerita tentang aku dan dia... Dan kita bersama saat dulu kala....Ada cerita tentang masa yang INDAH.. Saat kita Berduka saat kita Tertawa... "
Hayatilah bait seni lagu itu wahai sahabatku...
Andai kita sudah tidak lagi bertemu simpan la memori bersama dalam ingatan mu...
Luv u All....

... Bila Musim Bunga Kembali Lagi....


Aku bersendiri lagi...
Dilitupi langit biru yang menebar luas di angkasa...
Aku menatap potretmu buat terakhir kalinya...
Aku menangisi akan pemergiaan mu buat selamanya...
Tapi aku harus menerimanya...
Kerana ini bukan FANTASI tapi REALITI...
Aku keseorangan tanpa seorang teman pun disisi..


Ku hulurkan salam rindu..
Lalu ku sampaikan diangin lalu...
Agar puing-puingnya membawa rinduku kepadamu...
Ku utuskan kalimah-kalimah rindu..
Menyatakan betapa aku merinduimu...
Ku bisikkan kata-kata pujangga
Yang meriwayatkan kisah kita....


Biarpun kau tiada lagi di dunia ini..
Namun kau tetap bersemadi di hati ini....
Ku Mohon... Ku mohon.... Ku mohon restu Ilahi
Agar kau sentiasa tenang bersemadi di duniamu...
Ku sedari pemergian mu tidak mungkin lagi akan kembali....
Walaupun berjuta yang menyerupai mu namun
X mungkin jutaan itu mampu mengembalikan mu....
Selamat Tinggal.....

...Antara Yang Belum Sempat Wanita Beritahu Lelaki...



Bila seorang wanita mengatakan dia sdg bersedih,tetapi dia x menitiskan airmata,itu bermakna dia sdg menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia x menghiraukan kamu slps kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa utk menenangkan hatinya semula sblm kamu menegur dgn ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yg dia benci tentang orang yg paling dia syg (sebab itu ramai wanita yg patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dgn sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sdg keluar dgn lelaki lain.

5. Bila lelaki yg dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu x tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu x suka dgn gadis yg sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dgn lembut,jgn berkasar coz ada 1 semangat dlm diri wanita yg kamu x akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa sj.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu slps kamu tolak cintanya,biarkan dia utk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kwn, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yg mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan & tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jgn sesekali beritahu perempuan yg mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yg dicintainya dlm diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh x acuh seolah-olah x berminat,tetapi sebaik sj ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan & tak sampai 10 minit,semua rakan2nya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bg wanita. Jadi jgn senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dgn persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dgn lebih mendlm.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia coz dia memang x berminat denganmu.

16. Tetapi jika dlm masa yg sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu utk memikatnya.



17. Jgn sesekali mengagak apa yg dirasakannya.Tanya dia sendiri!

18. Slps sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya knapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yg paling romantik utk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin2kan tangan menyelak buku2 jiwang.



20. Bila stiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yg dicari oleh wanita ialah siapa yg berdiri di sblh buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yg dicintainya skrg akan berada di tmpt tristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' shj sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yg tahu apa yg sdg dia rasa & lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yg berbaik2 dgn mereka semata2 nak tackle kwn mereka yg paling cantik.

25. Cinta brmaksud kesetiaan,ambil berat,jujur & kebahagiaan tanpa sbrg kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yg cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali org yg disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu & merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dgn ini dia x akan ragu- ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pd lelaki yg ambil berat tentang mereka & baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yg dia mahu hanyalah perasaan dicintai & disygi sepenuh jiwa....

... Kenal & pasti JIKA PEREMPUAN KATA????

1)Kalau pompuan kata : oklah awak, kita sembang lain
kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan
ko…boring!!!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya
memang suka kat awak tapi
saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap
kang penyek plak muka tu..


4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?
i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas
nak jawap


5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar, i
bz la sekarang ni...nanti I free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2
bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih
sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo
nak makan pun harap aku belanja,boleh
blah la...


7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u
macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi
ekk?i kena balik balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan
ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...
mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..
paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah
le ngorat aku..


Hehehehe... renung-renungkan .... Selamat Beramal....

..Kehidupan Seorang Manusia....

Seringkali ku bertanya apakah kesudahan sebuah kehidupan ini??? Kita sebagai seorang manusia seringkali diuji dengan pelbagai dugaan, dan cabaran... Setiap onak ranjau yang berduri harus direntasi walaupun akan merasai kepedihan tusukan duri itu... Kita hanyalah seorang manusia yang lemah.. Manusia amat kerdil jika dibandingkan disisiNya... Aku terasa kerdil apabila sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan... Dugaan yang mendatang akan sentiasa mengajar kita untuk mulakan sesebuah kehidupan yang baru... Kehidupan seorang manusia tidak akan lengkap tanpa dugaan dan cabaran. Setiap dugaan yang diberikan akan menguatkan lagi semangat untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih mencabar..... Itulah kehidupan seorang yang bergelar MANUSIA...... Wallahuallam......